Assalammualaikum...
Hari ni aku nak ambil kesempatan untuk bercerita n berkongsi pengalaman aku sepanjang percutian di Hatyai,Thailand..setiap percutian yang aku mempunyai perbezaan..sama juga la dgn pcutian aku ke thailand kali ni..memandangkan aku pn dh hbis pusing malaysia..kali ni tiba masa la aku nak pusing asia plak..mesti korang nak tau kan..apa yang best sangat kat thailand tu?hmm..pda aku thailand ni ada yg best..n ada yang x best..ni kali pertama aku travel tnpa ambil pakej..perjalanan aku ke thailand kali ni hanya walk in..tpi hotel mmg dh siap2 di booking 2 bulan sblm aku ke sana lagi..
Hari pertama aku menjejakan kaki ke sana..banyak pada jalan2..sbb cuaca di sana juga sama mcm malaysia..hujan aja sepanjang jalan..aku jalan di sekitar Dannok,Pattani,Songkhla..tengok perkampungan orang islam thailand di sana..tapi benar2 jauh berbeza perkampungan sana n negara kte di malaysia..byk kelemahan yang dapat di lihat bila berada di sana..mcm2 benda la..susah nak cakap..apa2 pun mmg sakit mata memandang..adakala nak ketawa pn ada bila tgok persekitaran n kehidupan org2 thailand ni..tapi bila di fikirkan semula..org2 malaysia ni masih x bsyukur dgn kemajuan yg kte perolehi pada hari ni..org di negara lain lagi susah dari negara kte..jadi..di pendekan cerita fikir2kanlah..:) Dah pusing2 beberapa daerah dekat thailand ni..last sblm balik ke hotel kami singgah di Floating Markets @ pasar terapung..kat sni mcm2 benda ada..dari makanan,minuman dll..tapi aku xde beli apa2 pn sekadar cuci2 mata aja..saja nak tgok budaya kehidupan org thailand ni mcm mana..then mlm tu makan makan malam dgn nasi goreng sotong..n ikan pari goreng..makan kenyang gila..sampai x larat nak bangun..huhuhu..then lepas tu terus balik hotel..kami menginap di Lee Gardens Hotel..memandangkan pjalanan kami 1 hari suntuk..kami pn dh penat..terus aja tidooo..!
Hari ke dua kami di Hatyai..di mulakan dgn sarapan pagi..huhu..kami sarapan di sebuah restoren halal..makananya alhamdullillah la..ada la cikit2 rasa2 masakan malaysia..lps sarapan kami plan nak melawat ke Wat Hat Yai Nai..tapi..menjadi sedikit masalah bila..org thai ni x pandai berbahasa inggeris,apatah lagi nak berbahasa melayu..tension la bila dah jadi miscomunication..hmm..kami ke sana menaiki tut-tut di mana di kenali sebagai teksi la..dia cas kami 600baht..utk 2 org..ok la..sepanjang perjalanan kami bgambar..hingga tiba..agak terpegung apabila melihat patung buddha yg sgt2 besar..tapi menjadi 1 lagi masalah bila pemandu tut-tut tu ingat kami ke sana untuk sembahyang..bila kami jumpa salah seorang pekerja di kawasan tu yg boleh berbahasa inggeris..aku cakap yang aku datang sini hnya untk melawat n berjalan2..n aku bgthu yg aku beragama ISLAM..bru dia faham..hmm..ni la salah satu yang aku rasa aku x suka..pda aku bahasa inggeris tu sgt2 penting..tapi org malaysia ni masih lagi tidur..masih lagi mengamalkan prinsip2 nenk moyang..bila pelancong datang..menyukarkan komunikasi..hmm..fikir2kanlah..memandangkan cuaca nak hujan..so kami mengambil kputusan utk pulang ke hotel..
Aktiviti kami agak terbatas pada hari tu sbb hujan..so banyak lepak kat bilik n tidooo..cuaca kat thailand sama aja dgn cuaca kat malaysia..hujan..hujan..n hujan..mmg bosan gila la lepak kat bilik aja..bila fikir2 balik x boleh jadi ni..last2 petang bru kami turun bilik n g makan kat restoren yg sama..sambil makan aku n suami bincang mana nak g lps ni..memandangkan cuaca masih hujan...nampak gaya nak buat aktiviti outdoor mmg x boleh..so kmi tpaksa la buat aktiviti indoor..iaitu shopping dlm mall yg tkenal utk remaja thai..iaitu Lee Garden Plaza..mall dia boleh tahan mewah..mcm kat SACC,teruja juga masuk dlm mall tu..hehehe..masuk2 aja dah rambang mata..semua nak..apa lagi kami pn shopping la..:D
Dah shopping sakan..kami xde la beli byk mcm org x sedar..hehehhe..cuma beli benda yg mmg xkan dapat kat malaysia aja..sbb aku bukan suka sgt shopping time travel ni..lepas shopping kami g saloon..g buat rawatan rambut aja..hahahhaha
Dah settle buat rambut..kami menuju ke Spa..nak g massage..cik suami buat full body aroma massage..aku plak buat facial n shoulder massage..memandangkan aku sakit bahu..hehhehe..aku rasa kene urut bagai nak mati sakitnya..tpi cik suami boleh xde rasa apa2..ish2..lps urut kami pulang ke hotel n tidoooo..!keesokan harinya selepas check out..kami pulang ke malaysia..n tiba dgn selamat...:)





















