Terlebih dahalu aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan2 yang selalu mengikuti perkembangan aku melalui blogspot ni..thanks so much!tapi x tau la..atas dasar apa mereka2 yang suka membaca blog aku ni..sbb setahu aku xde apa yg menarik pun kat dlm blog aku ni melainkan cerita kisah pahit manis hidup aku..tapi kepada mereka yg suka sgt nk tahu ttg aku terutamanya setelah mendirikan rumahtangga bersama suami tersayang..teruskanlah membaca..n beri sokongan utk aku...
Alhamdullillah..pejam celik,pejam celik dh msuk 2 minggu aku bergelar isteri orang..segala2nya dah berubah...aku sedikit janggal dengan kehidupan baru aku..setalah 2 tahun aku membujang..n akhirnya..aku kembali lagi menjadi isteri org buat kali kedua..perasaan aku??jangan di tanyalah..siapa x bahagia bila suami sentiasa berada disisi..slalu di manja n di beri perhatian sepenuhnya..walaupn aku tpaksa di tggalkan sendrian utk beri laluan "madu" aku punya giliran..oppppssss!!
Seperti sedia maklum..Aku bukanlah berkahwin dengan mana2 lelaki bujang..tapi pilihan aku kali ni agak bertentangan dengan mana2 masyarakat!yeee!aku tau ramai yang x setuju dengan perkahwinan kami..termasuk ibu aku..pada mulanya..begitulah!tapi..setelah kami menceritakan perkara yang sebenar..baru mereka2 mengetahui apa yang kami alami..
Islam x pernah melarang umatnya berpoligami sekiranya lelaki tersebut mampu utk beristeri 2..pada mulanya aku pn x percaya..aku kini bergelar isteri no 2!sbb x pernah terlintas difikiran aku benda ni akan berlaku dalam hidup aku..aku bukanlah hendak merampas kebahagian org..tapi aku cuma nak menumpang kasih n sayang..setiap manusia ada perasaan ingin berkasih n sayang..aku x pernah rasai kasih sayang yang ikhlas setelah aku gagal dalam perkahwinan 2 tahun yang lepas..aku bagaikan putus asa..setiap kali aku mengenali lelaki muda..semuanya bagai nak ambil kesempatan atas aku..kesempatan utk lepaskan nafsu masing2..di mana sepatutnya lelaki melayu yang perlu aku kagumi??yang aku bangga?malah mahu merosakn anak bangga sendri..amat2 memalukan..!!sehingga allah menemukan aku dengan dia...pada mulanya aku mmg akui..aku hanya ingin berkawan denganya memandangkan dia selalu melayani aku bagaikan seorg puteri..lama kelamaan aku mula jatuh cinta denganya..!kami sama2 saling mencintai..n aku bimbang kalau2 hubungan kami akan melampaui batas..akhirnya..kami ambil kata sepakat utk mendirikan rumahtangga...aku yakin dengan kemampuanya!memandangkn dia mmg ada masalah yang aku rasa x perlu aku ceritakan..akhirnya semuanya selamat!aku dh selamat di ijab kabulkan denganya..!bagaikan mimpi kini aku dah bergelar isterinya!sehingga kini aku amat2 bahagia di sampingnya..dia pandai memanjakan aku..aku benar2 di layan seperti tuan puteri yang turun dari kayangan..aku berharap rumahtangga kami akan kekal hingga ke akhir hayat..alhamdullillah..keluarga aku pun dapat menerima dia dgn sebaiknya...syukur alhamdullillah...


No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.